MySpace 2.0 Layouts

Thursday, March 18, 2010

TitiaN kehidupaN ku..

Saya kini bergelar seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Tanpa disedari sudah hampir 4 tahun saya belajar di UPSI ini. Kini, aku berada di semester 6. Insyaallah, jika diizinkan Tuhan saya akan menjadi seorang kaunselor pada suatu hari nanti. Sesungguhnya, banyak yang saya perlu lakukan dalam masa yang terdekat ini. Perjuangan seorang kaunselor bukanlah suatu perkara yang mudah. Tetapi saya yakin, dengan ilmu seta pengalaman yang ditimba sepanjang menuntut di UPSI ini dapat membantu saya apabila menjadi kaunselor kelak!!! “ I WANT TO BE A SHAKER “.

"Something is better than nothing"

Thursday, March 4, 2010

tips-tips

Di sini ada sedikit tips-tips yang boleh dilakukan menunjukkan bahawa anda sayangkan kepada seseorang.. mungkin boleh membanTu anda semua..

a) Always say i love u
b) Sentiasa luangkan masa bersama-sama insan yang tersayang
c) Menjadi seorang pendengar yang terbaik
d) Menjadi sahabatnya di kala teman mengalami kedukaan mahupun keseronokan
e) Sentiasa menghadiahkan senYuman tatkala berjumpa
f) Segera menghulurkan bantuan sekiranya teman anda berada dalam kesusahaN.
g Segera meminta maaf sekiranya anda melukai hati teman anda
h) Menghadiahkan “ something special ” di hari kelahirannya

Umm..mari kita sama-sama cuba lakukan tips di atas. Mungkin anda adalah seorang yang begitu penyayang dan murni terhadap rakan anda.. jangan jadikan diri anda seorang temaN yang hanya bergembira di atas kesedihaN teman yang lain.>> jadilah seorang Teman yang boleh menghiburkan serta menenangkaN hatinya setiap masa!!!

Untuk rakan-rakan mahupun adik-adik yang tersayang, di sini saya juga ada beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda sekiranya anda menghadapi stress...


 Luah perasaan ~ jika anda berasa dalam keadaan kritikal, carilah teman-teman atau ahli keluarga untuk meluahkan masalah anda. Adakalanya, ada insan lain yang mampu memberi pandangan secara relevan yang boleh menenagkan hati anda.

 Fahami bahasa tubuh ~ apabila anda merasakan kekejangan otot, anda sepatutnya memahami reaksi itu. Ini menandakan tubuh memberi isyarat bahawa ia berada dalam keadaan kurang stabil dan memerlukan perhatiaN.

 Belajar bertenang ~ alternatif paling mudah yang boleh membuat anda seronok serta menghilangkan segala tekanan. Cubalah hubungi kawan-kawan rapat serta mengambil peluang berjalan-jalan di tempat yang tenang dan boleh menceriakan kembali memori anda.

 Elakkan rasa bersalah ~ jika berasa rendah diri seandainya melakukan kesilapan..jangan menghukum diri anda. Belajar untuk kata tidak.

 Berehat ~ luangakn sedikit masa dalam kesibukan seharian dengan merehatkan minda. Lakukan sesuatu yang berbeza seperti menonton wayang, main game dan lain-lain.

 Tidur nyenyak ~ salah satu cara yang terbaik untuk merehatkan otak setelah seharian penat. Dewasa sekurang-kurangnya perlu memperuntukkan 7 jam dalam sehari untuk tidur. Manakala kanka-kanak memerlukan 8 jam yang secukupnya. Ambilah masa untuk merehatkan otak anda.>


Hari ini, sekali lagi saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam penulisan saya ini. Ada sedikit ilmu yang yang saya ingin kongsikan dengan anda semua. Ianya berkaitan dengan “ Positive Thinking”...

Love is Life


“ LOVE IS LIFE ”

...CINTA ADALAH KEHIDUPAN....
...NIKMATNYA HIDUP ANDAI DISUBURI DENGAN KASIH SAYANG...
...TANPA CINTA, TANPA KASIH, TANPA SAYANG...
... LEMAHNYA INSAN ITU...
...BAHAGIALAH INSAN ITU ANDAI HIDUPNYA DIPENUHI WARNA WARNI ...CINTA dan KASIH SAYANG...

SWEET MEMORIES

“ KENANGAN TERINDAH TERCIPTA “

Bak kata pepatah, carilah ilmu hingga ke Negeri China. Tetapi bagi saya, tak kisahlah di mana-mana pun kita berada, ilmu harus ditimba. Tidak sia-sia rasanya saya mengambil kos Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Hampir 4 tahun mempelajari ilmu, teori serta pengalaman-pengalaman yang menarik sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada diri saya. Insyaallah, segala ilmu yang ada dapat digunakan apabila menjadi seorang kaunselor kelak...!

Antara kenangan manis yang tak dapat dilupakan ialah ketika mengikuti program TOT ketika berada di semester 3 dan 4. TOT yang dikendalikan oleh En Ab Aziz banyak meninggalkan kesan terhadap diri saya secara jujurnya. Pengendalian beberapa modul sepanjang TOT berlangsung nampaknya berjaya apabila ramai dalam kalangan rakan-rakan yang menunjukkan reaksi yang positif setelah program berakhir. Yea..itulah bakal-bakal kaunselor yang En aziz mahukan... “ Kaunselor Unggul “...semuanya hebat-hebat..!!! tq so much en Aziz. Semoga usaha murni yang dilakukan oleh encik dapat menaikkan lagi semangat perwira-perwira bangsa kita.. kepada teman-teman seperjuangan, kamu semua memang hebat! Ada gaya kepimpinan untuk menjadi seorang kaunselor unggul..u i love..


Modul Agape Love dan Subconcious merupakan antara modul yang betul-betul berkesan terhadap diri saya. Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada memiliki sekeping hati nurani yang begitu memerlukan kasih sayang dan belaian daripada insan-insan di sekeliling kita. Hidup seseorang itu tidak lengkap dan sempurna seandainya kekurangan kasih sayang. Kasih sayang begitu penting dalam kehidupan. Jadi..fikir-fikirkanlah andai anda merupakan seorang insan. Cukupkah kebahagiaan yang anda cipta dengan sekadar kemewahan dan kemegahan yang anda ada??>>namun..kasih sayang?? Bukan mudah untuk mencari kasih yang tulus dan murni.

Tetapi cukuplah jika kita memiliki sekeping hati yang murni untuk diberikan kepada insan-insan di sekeliling kita, terutamanya insan-insan yang begitu memerlukannya. Kebahagiaan dan keseronakan akan terpancar di wajah anda sekiranya berjaya membuatkan orang di sekeliling anda bahagia dan terseNyum riang..SENYUMAN bukan saja dapat menampilkan wajah yang ceria, namun dapat MENGHANGATKAN jiwa seseorang..WOW!!! hebat.!!.mari sama-sama kita lakukaN.. U I LOVE