MySpace 2.0 Layouts

Thursday, March 4, 2010

SWEET MEMORIES

“ KENANGAN TERINDAH TERCIPTA “

Bak kata pepatah, carilah ilmu hingga ke Negeri China. Tetapi bagi saya, tak kisahlah di mana-mana pun kita berada, ilmu harus ditimba. Tidak sia-sia rasanya saya mengambil kos Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Hampir 4 tahun mempelajari ilmu, teori serta pengalaman-pengalaman yang menarik sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada diri saya. Insyaallah, segala ilmu yang ada dapat digunakan apabila menjadi seorang kaunselor kelak...!

Antara kenangan manis yang tak dapat dilupakan ialah ketika mengikuti program TOT ketika berada di semester 3 dan 4. TOT yang dikendalikan oleh En Ab Aziz banyak meninggalkan kesan terhadap diri saya secara jujurnya. Pengendalian beberapa modul sepanjang TOT berlangsung nampaknya berjaya apabila ramai dalam kalangan rakan-rakan yang menunjukkan reaksi yang positif setelah program berakhir. Yea..itulah bakal-bakal kaunselor yang En aziz mahukan... “ Kaunselor Unggul “...semuanya hebat-hebat..!!! tq so much en Aziz. Semoga usaha murni yang dilakukan oleh encik dapat menaikkan lagi semangat perwira-perwira bangsa kita.. kepada teman-teman seperjuangan, kamu semua memang hebat! Ada gaya kepimpinan untuk menjadi seorang kaunselor unggul..u i love..


Modul Agape Love dan Subconcious merupakan antara modul yang betul-betul berkesan terhadap diri saya. Sebagai manusia biasa, kita tidak terlepas daripada memiliki sekeping hati nurani yang begitu memerlukan kasih sayang dan belaian daripada insan-insan di sekeliling kita. Hidup seseorang itu tidak lengkap dan sempurna seandainya kekurangan kasih sayang. Kasih sayang begitu penting dalam kehidupan. Jadi..fikir-fikirkanlah andai anda merupakan seorang insan. Cukupkah kebahagiaan yang anda cipta dengan sekadar kemewahan dan kemegahan yang anda ada??>>namun..kasih sayang?? Bukan mudah untuk mencari kasih yang tulus dan murni.

Tetapi cukuplah jika kita memiliki sekeping hati yang murni untuk diberikan kepada insan-insan di sekeliling kita, terutamanya insan-insan yang begitu memerlukannya. Kebahagiaan dan keseronakan akan terpancar di wajah anda sekiranya berjaya membuatkan orang di sekeliling anda bahagia dan terseNyum riang..SENYUMAN bukan saja dapat menampilkan wajah yang ceria, namun dapat MENGHANGATKAN jiwa seseorang..WOW!!! hebat.!!.mari sama-sama kita lakukaN.. U I LOVE

No comments:

Post a Comment